Friday, February 5, 2016

Filled Under:

Walaupun Lumpuh Remaja Ini Masih Mampu Membantu Ibu Menjual Nasi Lemak

Lumpuh separuh badan kerana terbabit dalam nahas jalan raya, bukan penghalang buat seorang pemuda, Akmal Arif Rohaizan, untuk membantu ibunya menjual nasi lemak demi menyara keluarga mereka.


Demi kasih kepada ibu dan bapa, remaja berusia 19 tahun terbabit enggan duduk diam apabila menyedari keluarganya hidup dalam kesempitan kewangan. #Selain menemani ibunya menjual secara langsung di gerai hadapan rumah mereka dekat Tangga Batu di sini, antara usaha dilakukan anak kedua daripada enam beradik itu adalah mempromosi jualan nasi lemak dihasilkan ibunya, Zarinah Rahim, 46, menerusi laman sosial Facebook (FB) sejak awal Januari lalu.#

Katanya, dia terbabit nahas pada April 2014 ketika berusia 17 tahun apabila motosikal ditunggangnya terbabas menyebabkan cedera parah di kepala dan menjalani pembedahan tempurung kepala, sebelum disahkan lumpuh separuh badan. "Sukar untuk digambarkan perasaan hati ini apabila menyedari keadaan diri kini dikategorikan orang kurang upaya (OKU) hingga tidak mampu membantu meringankan beban keluarga, malah terasa menyusahkan mereka pula. Namun, saya reda dengan ujian Yang Maha Esa.



"Lebih setahun saya terlantar sambil ditemani ibu dan keluarga serta rakan yang mengenali sehingga kini mampu bergerak walaupun menggeletar sambil dipapah ibu setiap kali menemaninya berniaga nasi lemak di tepi jalan.#

#Pelanggan yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau WhatsApp di talian 012-9254676, selain boleh mengambil tempahan nasi lemak di gerai pada harga RM1 sebungkus, bekas plastik (RM3) dan nasi lemak ayam berempah (RM5).

Sumber: Berita Harian Online

0 comments:

Post a Comment