Friday, February 5, 2016

Filled Under:

Kuala Lumpur Lengang, Highway Mulai Sesak

Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) meningkat sehingga 10 peratus petang ini berikutan orang ramai mula meninggalkan pusat bandar sempena perayaan Tahun Baharu Cina minggu depan.


Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata, kenderaan bagi arah utara dilapor semakin bertambah dari #Slim River ke Sungkai dan Tapah menuju ke Gopeng, manakala trafik juga perlahan dari Gurun ke Sungai Petani akibat kemalangan kecil di KM89.3 lebuh raya berkenaan.

"Bagi Lebuhraya PLUS arah Selatan, #laluan dari Nilai ke Bandar Ainsdale di KM279.0 turut berlaku kemalangan dan trafik dilaporkan bergerak perlahan sepanjang satu kilometer," katanya.#

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia memaklumkan trafik ke arah Pantai Timur (LPT) sesak dari Karak menuju ke Lanchang susulan sebuah kereta terbakar di KM95.0 yang menghalang lorong kiri dan kanan.#

"Usaha mengalihkan kenderaan telah selesai namun kenderaan masih bergerak perlahan," katanya.#

See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112705#sthash.0pLeB58q.dpuf

0 comments:

Post a Comment