Terdapat 4 cara untuk mengetahui status permohonan BR1M anda:
1. Semakan status BR1M secara online
Ini cara paling senang. Semakan status permohonan BRIM secara online boleh dibuat di laman rasmi eBR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu di pautan:
https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s&y=2016
2. Semakan status BR1M melalui telefon
Pemohon juga boleh menyemak status BRIM dengan menelefon nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 / 03-88824566 atau nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716. Semakan boleh dibuat setiap hari bekerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.
3. Semakan keputusan BR1M melalui email
Semakan BR1M dan pertanyaan juga boleh dibuat menerusi emel ke alamat br1m@treasury.gov.my. Sila nyatakan nama penuh dan nombor kad pengenalan anda di dalam emel tersebut.
4. Makluman keputusan permohonan BR1M secara pos
Notis atau surat makluman lulus atau gagal permohonan BR1M akan diposkan secara berperingkat-peringkat mulai minggu terakhir bulan Januari 2016. Jika berjaya surat itu juga juga akan menyatakan tarikh dan juga tempat majlis penyerahan baucar BR1M (bagi yang tiada akaun bank).
Rayuan BR1M 2016
Maklumat mengenai rayuan BR1M 2016, sekiranya ada, akan dikemaskini sebaik ia diperolehi.
Semoga info ini berguna untuk semua pembaca.
0 comments:
Post a Comment