Jackie Chan, 61, telah membeli sebuah jet peribadi keluaran terbaharu syarikat berpangkalan di Brazil, Legacy 500 yang bernilai RM82 juta.
Ia merupakan pembelian pertama keluaran terkini dari Embraer Aerospace oleh pelanggan China.
Namun, pesawat eksklusif yang mampu memuatkan 12 penumpang bukanlah aset pertama dimilikinya. Pada tahun 2012, Chan membeli model Legacy 650 keluaran syarikat sama.
"Saya sangat teruja dapat memiliki jet eksekutif mewah Legacy 500. Sejak beberapa tahun lalu, Legacy 650 kepunyaan saya memberi pengalaman pengembaraan yang menakjubkan dan selesa.
"Pesawat ini membolehkan saya melunaskan undangan dan komitmen lakonan di seluruh dunia dengan lancar. Saya pasti Legacy 500 mampu memenuhi jangkaan serta menjadi kediaman dan pejabat bergerak yang efisien," katanya.
Difahamkan pesawat di bawah model The Embraer 500 mampu terbang jauh hingga 5,800 kilometer yang dikuasakan enjin turbo berprestasi tinggi Honeywell HTF75000E.
Thursday, February 11, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment