Pemain tengah pasukan Pulau Pinang atau skuad Harimau Kumbang, Mohd. Faiz Subri mengaku terkejut dengan perhatian yang diterima dari seluruh dunia ekoran sepakan percumanya yang diambil dalam perlawanan menentang Pahang, malam tadi.
Katanya, dia sendiri tidak menduga sepakan percumanya itu boleh melencong sedemikian rupa sehingga menerjah gawang gol pada sudut yang sukar.#
Mohd Faiz berkata, sepakan itu lebih kepada nasib kerana tidak selalunya menjadi meskipun dia sebelum ini pernah beberapa kali mencuba membuat sepakan seperti itu.#
“Ketika mengambil sepakan percuma itu malam tadi, fokus saya hanyalah untuk menjaringkan gol dan tiada apa-apa teknik istimewa yang saya guna ketika itu,” katanya lapor Utusan Malaysia.#
Pemain kelahiran Terengganu itu menjadi tumpuan peminat sukan bola sepak dari seluruh dunia hari ini selepas video sepakan percumanya yang melencong dengan unik menjadi viral di internet.#
Malah, jaringan Mohd. Faiz pada minit keenam perlawanan itu juga disifatkan portal berita Miror UK memadamkan sepakan percuma #Roberto Carlos ketika persahabatan antara Brazil dan Perancis pada 1997.#
Menurut ulasan Miror UK, gol #Carlos yang diberi gelaran `banana kick’ tidak lagi unik selepas Mohd Faiz melakukan jaringan aneh, bukan sahaja lebih melencong berbanding sepakan #Carlos, tetapi turut menjunam laju untuk singgah ke penjuru atas gawang.#
Wednesday, February 17, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment