Baru sahaja menjengah di dalam industri hiburan tanah air, pelakon baru Mira Filzah menafikan dakwaan kononnya dia menjadi punca perpisahan antara Syarul Ridzwan dan juga Mia Ahmad.
“Saya tidak bercinta dengan #Syarul Ridzwan apatah lagi menjadi orang ketiga seperti didakwa. Memang benar kami saling mengenali sejak beberapa tahun lalu iaitu pada tahun #2011. Ketika itu saya masih bersekolah dan dia belum jadi pelakon, namun selepas itu kami tidak lagi berhubung”.#
“Kami sudah lama tidak berhubung dan bertemu semula baru-baru ini di sebuah majlis, ketika itu saya terkejut juga kerana tidak tahu bahawa dia turut hadir. Selepas itu, ada gambar kami bersama yang diambil peminat dan sejak itu ada pihak yang kurang senang dan mula mencungkil semula kisah lama saya dan Syarul,” jelasnya dipetik dari mStar Online.#
#Mira Filzah mula popular selepas kemunculannya dengan memakai uniform penguatkuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk drama #Din Sardin pada Ogos lalu menjadi viral di internet. Apa pun, selamat datang kepada dunia hiburan. Bak kata pelakon-pelakon senior, banyakkan bersabar dan jangan cepat melatah.#
Monday, February 15, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment