Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (lahir 10 Oktober 1950) ialah ahli politik UMNO/Barisan Nasional dari negeri Kedah dan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Bakar Bata. Beliau merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, menggantikan bekas Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Diraja Mahdzir Khalid, dan dibantu Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai timbalan. Ahmad Bashah juga diberi kepercayaan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah bagi menghadapi PRU13.[1] Beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar.
#Rombakan UMNO Kedah
Pada 20 Februari 2011, rombakan UMNO Kedah dilakukan bagi memberi sentuhan baru memperkuatkan parti itu. Ada 15 Bahagian UMNO di Kedah. Rombakan itu melibatkan Norasimah Md Nowar (Ketua Puteri Umno Kedah); Jalinan Rakyat Datuk Maznah Abdul Hamid (Ketua Wanita Umno Kedah);Poster/Gerak Kempen Badrolhisham Hashim (Ketua Pemuda Umno Kedah); Daftar Pemilih Tajuddin Abdullah (Ketua Bahagian Sik); Pengundi Luar Datuk Ahmad Lebai Sudin (Ketua Bahagian Pokok Sena); Agensi dan NGO Datuk Seri Mahdzir Khalid (Ketua Bahagian Padang Terap); Sistem Blog Datuk Nawawi Ahmad (Ketua Bahagian Langkawi); Kursus dan Latihan Ali Yahaya (Ketua Bahagian Sungai Petani);
Pembangunan Datuk Mohd Johari Baharom (Ketua Bahagian Kubang Pasu); Kebajikan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Ketua Bahagian Baling); Keselamatan Datuk Mohd Shuhaimi Abdullah (Ketua Bahagian Jerai); Polling/Counting Agent Datuk Md Rozai Shafian (Ketua Bahagian Pendang); Pengangkutan Datuk Tajul Urus Mat Zain (Ketua Bahagian Merbok); Makanan Abd Rahman Mahammud (Ketua Bahagian Padang Serai) ; Barong/Pondok Panas Datuk Abu Hasan Sarif (Ketua Bahagian Jerlun); Isu/Risikan Datuk Latt Shariman Abdullah (Ketua Bahagian Kuala Kedah); Tugas-tugas Khas Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Ketua Bahagian Kulim/Bandar Baharu).[2]
#Penglibatan Politik
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.
SetiausahaBadan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.
Bendahari Barisan Nasional (1994 hingga 1997).
Ketua UMNO Bahagian Alor Setar (1995 hingga sekarang).
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar (1993 hingga 1995).
Bendahari UMNO Negeri Kedah (1994 hingga 1997).
Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri (1990 hingga 1993).
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar (1984 hingga 1993).
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Alor Merah (1995 hingga 2004).
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, EXCO Perumahan & Kerajaan Tempatan (1999 hingga 2008).
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bakar Bata (2004 - sekarang).
Pilihan raya
Beliau menang pilihan raya sejak 1999, 2004, 2008 dan 2013. Pada PRU ke-13 beliau memenangi DUN Bakar Bata dengan menewaskan Mohd Eekmal Ahmad dari PKR dan calon bebas dengan majoriti 895. Nama lama Bakar Bata ialah Alor Merah. Tahun 1999, beliau menang pilihan raya dengan majoriti 2,922 undi.
Pada Pilihan raya 2004, Ahmad Bashah yang mewakili BN mendapat 11,091 undi. Sementara Dr. Ismail Salleh (PAS) mendapat 5,054 undi sahaja. Majoriti undi 6,037 undi.
Dalam Pilihan raya 2008, beliau menang bertanding di kawasan DUN Bakar Bata, Sungai Petani, Kedahmdenganendapat 8,232 undi. Sementara Rohani Binti Bakar dari PKR hanya mendapat 7,874 undi.
Aktiviti sosial dan kemasyarakatan
Ahli Lembaga Pengarah MADA (1991 hingga 1995).
Ahli Majlis Perbandaran Kota Setar (1988 hingga 1994).
Presiden Persatuan Menembak Kedah
Penaung Persatuan Bangsawan Kedah
Timbalan Pengerusi , Belia 4B Alor Setar
Ahli Jawatankuasa Belia 4B Kedah
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah
0 comments:
Post a Comment