Tuesday, February 16, 2016

Filled Under:

Bakal Bergelar Ratu Sehari, Anzalna Nasir Dedahkan 5 Rahsia Kecantikannya!

Pelakon cantik yang terkenal dengan sifat lemah lembut ini bakal bergelar ratu sehari tidak lama lagi.

Pasti ramai wanita yang cemburu dengan kecantikan kulit Anzalna dan rambutnya yang hitam ikal mayang.

Apa rahsia Anzalna kekal cantik? Jadi, bagi mereka yang bakal bergelar ratu sehari, mana tahu boleh guna pakai tips ini.#

1. Amalkan minum air suam apabila bangun tidur

Bagi Anzalna untuk kekal sihat dan cantik luar dalam, perkara paling penting apabila bangun tidur adalah mengamalkan minum air suam untuk organ dalaman.#

2. Minum air kosong kalau nak kulit cantik semula jadi

Untuk kulit cantik dan sihat, Anzalna hanya amalkan perkara asas iaitu membersihkan wajah dengan betul dan minum air kosong sebanyak yang mungkin.#

3. Nak kulit cantik, jangan pakai bedak terlalu tebal

Kita semua tahu, bukan semua alat solek mempunyai kandungan yang baik untuk kulit. Jadi, jika tak nak kulit cepat berkedut, elakkan memakai bedak asas dan bedak terlalu tebal.#

4. Bersihkan wajah dengan betul untuk elak masalah kulit

Apa yang pasti, Anzalna akan pastikan wajah bebas dari solekan dengan teknik membersih wajah yang betul. Jika wajah tidak dibersihkan dengan betul akan terjadinya jerawat.#

5. Amalkan putih telur untuk tegangkan kulit

Apabila meningkat usia, penjagaan wajah perlu dititik beratkan kerana akan terjadinya kedutan dan penuaan. Anzalna menggunakan putih telur sahaja sebagai masker.#

0 comments:

Post a Comment